Tuesday, 8 March 2011

Nombor 10 paling bahaya di dunia !!!

Salam readers semua, macam-macam kerja nak kena buat, tapi update blog susah nak tinggal. Huhuhu. Bercerita pasal nombor nie bukannya nak main nombor ekor atau nak buat kira-kira matematik yang pecah otak. Cuma nak share la sikit dengan korang bahawa ada satu nombor yang paling bahaya dia dunia iaitu nombor sepuluh atau lebih dikenali dengan 'ten'.




?"

Ops..lupa nak bagi tahu. Aku cerita pasal pemain bola sepak lah. Huhuhu. Sorry-sorry. Jangan lah marah. Pernah tak ambil tahu nombor jersi pemain bola sepak idola korang? Haaa. Hari nie aku nak dedah kan pemain berjersi nombor 10 yang paling berbahaya di dunia. Bukan berbahaya sebab diorang nie ganas atau pembawa virus maut, tapi berbahaya sebab diorang memiliki skill yang tip top. Nie dia World Dangerous 10 :

1. Luis Fabiano
Pemain Sevilla f.c. nie memang hebat sebab dia pandai samba. Finishing dia pun terbaik cuma dia nie tak berapa famous sebab kelab yang dia main tu tak lah gah sangat, tapi jika dia pindah ke kelab yang lagi bagus kompem makin power mamat nie.

Lusi Fabiano

2. Robin Van Persie
Pemain muda kelahiran Belanda nie mempunyai finishing yang tip top. Dia nie suka gol angle yang susah-susah. Tak paham? Pemain Arsenal nie akan sumbat gol tak kira la macam mana sekali pun kedudukan dia. Kalau korang tengok gol-gol dia pun, kompem korang terkejut dengan kebolehan dia, cuma dia suka sangat injured. Tu lemahnya mamat nie.

Robin Van Persie

3. Wayne Rooney
Siapa yang tak kenal dengan penyerang professional Manchester United nie. Rooney bukan je ada finishing yang bagus, malah speed dia pun tip top. Rembatan jauh dia pun boleh tahan juga. Tapi dia tak suka gol sebab dia lebih suka assist(bagi pemain lain gol). Hmm, ada juga pemain macam nie.

Wayne Rooney

4. Lionel Messi
Sebut je nama pemain nie, menggeletar lutut defender pasukan lawan. Pemain nie memang dah sempurna. Kelemahan pun macam dah tak ada je. Sempurna dari segala aspek. Malah attitude dia pun bagus, tak hairan la pemain berdisiplin macam nie boleh jadi hebat.

Lionel Messi

Nie pula orang panggil The Legendary 10 :

Diego Maradona
Nak tahu apa beza Maradona dengan Messi? Maradona dah menang world cup tapi Messi tak pernah lagi. Tu je beza dia, yang lain tak ada beza. Maradona pun boleh dikatakan sempurna dari segala aspek tapi kelemahan dia, dia ambil dadah. Ingat! dadah hanya memusnahkan.

Diego Maradona

Nie pula orang Malaysia panggil Malaysian Dangerous 10 :

Safee Sali
Hahaha. Ingat Malaysia tak ada ke Dangerous 10? Ada juga la. Nie lah dia. Safee Sali. Pemain kelab Indonesia, Pelita Jaya. Aku sebenarnya tak suka dia pindah sana. Pemain penyerang Malaysia nie lagi terbaik. Tandukan dia tip top. Dia lah dalang ketika Malaysia menang Piala AFF Suzuki. Idup Safee, idup Malaysia.

Safee Sali



Memang la banyak, tapi diorang pakai jersi nombor10 tak? Kalau nak di ikutkan berlambak lagi pemain power berjersi nombor 10 nie. Zidane, Pele, Johan Cruff, Ronaldinho, Bergkamp. Tapi aku ambil yang terbaik je. Huhuhu. Ok lah, siapa-siapa yang ada information, share la dengan aku, aku nak dengar juga,,,

2 comments:

  1. ten ten ten dlm astro warna tu x termasuk eh?

    ReplyDelete
  2. aku dulu pakai jersi nombor 99..pelik kan??hahaha!!

    ReplyDelete