bannerramadhan_1

Friday 18 March 2011

Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?



Pernah tengok cerita Naruto, ala kartun ninja yang ada kuasa musang ekor 9 tu. Takkan tak pernah tengok. Best la cerita tu dan setakat ni aku tak pernah tinggal lagi. Hehe. “Cis, ape barang cerita naruto, bukan best pon. Baik ko layan je cerita Wonderpets, Boboiboy tu lagi best. Haha”. Alahai! kalau korang nak tahu, kartun ni dah lama aku layan, rugi kalau tak tengok lagipon setiap ending dalam episod naruto tu selalu membuatkan aku tertanya2 ape yang berlaku seterusnya. Kan menarik tu?

Tapi baru-baru nie, aku terdengar dari salah seorang melalui Facebook menyatakan bahawa kartun Naruto ni mepunyai Mesej dan Unsur Illuminati. Hah, biar betul? Biasalah orang kita nie, cakap je pasal isu illuminati dan agenda yahudi mesti ade yang cepat melatah. Terus nak sebarkannya, tapi hakikatnya benda tu hanyalah konspirasi dan rekaan semata-mata tanpa menyelidik dahulu kebenarannya.Tak begitu. Haha. Di sini aku nak berkongsi satu nota dari Facebook yang menyatakan tentang unsur illuminati Dalam Cerita Naruto.


Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto
Kenalkah kamu seseorang yang bernama Masashi Kishimoto?Mungkin ramai yang tak mengenalinya,dia adalah seorang manga-ka komik yang berjudul NARUTO dan juga siri yang sudah dianimasikan serta ditayangkan di stesen TV di seluruh dunia pada hari ini.Saya adalah salah satu peminat cerita manga NARUTO ini,kerana keberkesanan pelukisnya mengolah cerita yang agak kompleks dan menarik ini.

Pelukis ini memang genius dengan meyelitkan pengaruh agama dan budaya sesuatu masyarakat di dalam komiknya itulah gaya pemikirannya,sedang membaca episod manga naruto yang lepas lepas saya terperasan satu watak yang bernama ‘TOBI’ yang amat mirip dengan DAJJAl/ANTICRIST dan dan ada unsur-unsur illuminati dalam cerita ni.Okey senang cerita saya ringkaskan satu-persatu supaya senang difahami.

Pekara yang perlu anda tahu dalam NARUTO:



1 ) ORGANISASI AKATSUKI = Antagonis utama cerita ni, AKATSUKI yang bermaksud ‘SENJA MERAH’ ini dianggotai oleh beberapa ninja yang telah mengkhianat atau membelot negara sendiri demi kepentingan dirinya dan bergerak secara sulit dn tertutup.




2) TOBI =TOBI atau UCHIHA MADARA(nama sebenar) adalah pengasas sebuah puak yang bernama UCHIHA dan juga menubuhkan organisasi AKATSUKI ini,seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu lagi dalam cerita komik ni dan dikatakan sebagai kehidupan kekal abadi.Dia juga buta pada mata kirinya dan DALANG di balik semua KEBURUKAN dengan memanipulasikan fikiran,pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan orang yang membuka peperangan Dunia NINJA yang baru.

Mari saya tunjukan lagi unsur-unsur illuminati. jika anda menganggap ini hanya kebetulan, cuba perhatikan dialog yang dikatakan oleh tobi atau MADARA ini dalam ‘MOON EYES PLAN’ :




3) JUUBI (binatang raksaksa) adalah raksaksa bermata satu yang ingin dibangkitkan oleh MADARA yang kebetulan juga bermata satu.




Bentuk asal mata JUBBI. Setelah saya SAMBUNGKAN menjadi simbol :



ADAKAH IANYA KEBETULAN atau ada MESEJ yang ingin disampaikan oleh pelukis ini?

Pain atau nama sebanarnya nagato adalah ketua AKATSUKI,mempunyai MATA DEWA(rinnegan) dalam agama buddha dan mesir,mampu menghidupkan orang yang telah mati dan mencipta sesuatu mengikut kehendaknya..dihasut oleh MADARA.

4) MATA DEWA (rinnengan)





Ini pula adalah simbol ILLUMINATI : SAMA? ya..SAMA..

PAIN yang sama dengan “Horus” The One-Eyed Sun God (TUHAN MATAHARI “RA” sebutan mesirnya)

5) UCHIHA SASUKE adalah WATAK kedua dalam cerita ni..menjadi jahat akibat hasutan licik MADARA.Mari tengok




mata dia..LOGO HEXAGRAM SATANISM

ADAKAH INI JUGA KEBETULAN??

Mungkin Masashi Kishimoto ingin kita mengetahui maksud dari MESEJ yang ingin disampaikan,iaitu bahawa..kesemuanya itu berkaitan dengan apa yang terjadi dalam dunia REALITI kita sekarang…WATAK WATAK ANTAGONIS dan tiap-tiap simbol itu ada mengandung maknanya sendiri..sesiapa yang mengikuti siri komik ini dari mula hingga sekarang pasti terasa persamaan antara watak MADARA yang mirip akan ciri-ciri tentang DAJJAL,PAIN yang mirip akan Horus(DEWA MATAHARI),dan Sasuke yang makin gelap hatinya dan menuju jalan kejahatan dan kesyaitanan.

Pelukis mungkin terbaca akan kisah-kisah ini dan saya amat mengagumi kecerdikan dan idea yang dia selitkan ,dia juga tidak lupa menyampaikan MESEJ bahawa Kebenaran akan selalu menang melawan Kejahatan..ia nya sama sahaja seperti kisah Al Masih Dajjal yang akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s yg dibantu oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti, kan?




Apa pendapat korang? Haha, Perlu ke kita kaitkan semua ini dengan unsur illuminati atau sebaliknya. Seperti mana yang kita tahu, yahudi memang sentiasa merancang untuk melemahkan, menjatuhkan umat islam dari dulu hinggalah sekarang. Tapi, adakah cerita naruto ini benar-benar berkaitan dengan unsur berikut atau hanya rekaan semata-mata ataupon secara kebetulan je terjadi sedemikian.

Nasihat aku la, sebelum kita menyebarkan atau menerima sesuatu seperti notes, video, gambar dan sebagainya atau share ape2 kat Facebook. Jangan la mudah percaya bulat-bulat benda tu, tengok dulu macam mana, dapat diterima dek akal atau tak, selidik dahulu kebenarannya sebelum menyebarkannya yer. Hehe.

P/s : Baru je habis layan Naruto tadi, makin menarik cerita nie. Kah, Kah, Kah.

Tuesday 8 March 2011

Nombor 10 paling bahaya di dunia !!!

Salam readers semua, macam-macam kerja nak kena buat, tapi update blog susah nak tinggal. Huhuhu. Bercerita pasal nombor nie bukannya nak main nombor ekor atau nak buat kira-kira matematik yang pecah otak. Cuma nak share la sikit dengan korang bahawa ada satu nombor yang paling bahaya dia dunia iaitu nombor sepuluh atau lebih dikenali dengan 'ten'.




?"

Ops..lupa nak bagi tahu. Aku cerita pasal pemain bola sepak lah. Huhuhu. Sorry-sorry. Jangan lah marah. Pernah tak ambil tahu nombor jersi pemain bola sepak idola korang? Haaa. Hari nie aku nak dedah kan pemain berjersi nombor 10 yang paling berbahaya di dunia. Bukan berbahaya sebab diorang nie ganas atau pembawa virus maut, tapi berbahaya sebab diorang memiliki skill yang tip top. Nie dia World Dangerous 10 :

1. Luis Fabiano
Pemain Sevilla f.c. nie memang hebat sebab dia pandai samba. Finishing dia pun terbaik cuma dia nie tak berapa famous sebab kelab yang dia main tu tak lah gah sangat, tapi jika dia pindah ke kelab yang lagi bagus kompem makin power mamat nie.

Lusi Fabiano

2. Robin Van Persie
Pemain muda kelahiran Belanda nie mempunyai finishing yang tip top. Dia nie suka gol angle yang susah-susah. Tak paham? Pemain Arsenal nie akan sumbat gol tak kira la macam mana sekali pun kedudukan dia. Kalau korang tengok gol-gol dia pun, kompem korang terkejut dengan kebolehan dia, cuma dia suka sangat injured. Tu lemahnya mamat nie.

Robin Van Persie

3. Wayne Rooney
Siapa yang tak kenal dengan penyerang professional Manchester United nie. Rooney bukan je ada finishing yang bagus, malah speed dia pun tip top. Rembatan jauh dia pun boleh tahan juga. Tapi dia tak suka gol sebab dia lebih suka assist(bagi pemain lain gol). Hmm, ada juga pemain macam nie.

Wayne Rooney

4. Lionel Messi
Sebut je nama pemain nie, menggeletar lutut defender pasukan lawan. Pemain nie memang dah sempurna. Kelemahan pun macam dah tak ada je. Sempurna dari segala aspek. Malah attitude dia pun bagus, tak hairan la pemain berdisiplin macam nie boleh jadi hebat.

Lionel Messi

Nie pula orang panggil The Legendary 10 :

Diego Maradona
Nak tahu apa beza Maradona dengan Messi? Maradona dah menang world cup tapi Messi tak pernah lagi. Tu je beza dia, yang lain tak ada beza. Maradona pun boleh dikatakan sempurna dari segala aspek tapi kelemahan dia, dia ambil dadah. Ingat! dadah hanya memusnahkan.

Diego Maradona

Nie pula orang Malaysia panggil Malaysian Dangerous 10 :

Safee Sali
Hahaha. Ingat Malaysia tak ada ke Dangerous 10? Ada juga la. Nie lah dia. Safee Sali. Pemain kelab Indonesia, Pelita Jaya. Aku sebenarnya tak suka dia pindah sana. Pemain penyerang Malaysia nie lagi terbaik. Tandukan dia tip top. Dia lah dalang ketika Malaysia menang Piala AFF Suzuki. Idup Safee, idup Malaysia.

Safee Sali



Memang la banyak, tapi diorang pakai jersi nombor10 tak? Kalau nak di ikutkan berlambak lagi pemain power berjersi nombor 10 nie. Zidane, Pele, Johan Cruff, Ronaldinho, Bergkamp. Tapi aku ambil yang terbaik je. Huhuhu. Ok lah, siapa-siapa yang ada information, share la dengan aku, aku nak dengar juga,,,

Internet Explore vs Mozilla Firefox vs Google Chrome

Salam readers, hujung-hujung minggu nie la sibuk sangat sampai nak update blog pun tak sempat. Entri hari nie nak cerita sikit pasal tiga internet browser famous yang aku nak buat perbandingan. Penting untuk kita(especially blogger) untuk tahu browser mana yang terbaik. Sebenarnya kalau nak diikutkan ada lima browser famous iaitu Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera dan Safari. Tapi Opera dengan Safari amat jarang orang guna kat Malaysia, mungkin ada la segelintir.

Berbalik pada tajuk tadi, aku nak umumkan yang IE lagi teruk dari Mozilla dan Mozilla lagi teruk dari Chrome. Kenapa?



Internet Explorer
Browser paling teruk pernah aku jumpa. Slow habis. kalau nak dibandingkan dengan Chrome, memang langit dengan bumi. Dah la skin tak lawa. Logo pun tak lawa.

"Tapi ko kena ingat, IE la yang banyak bantu kau!"

Yaaa, aku tahu. Selemah-lemah IE nie, IE la yang tolong bila aku nak isi borang UPU. IE la yang bantu aku isi borang PTPTN. Thanks IE, tapi aku tetap benci kau. Hahaha. Sorry to IE fans.


Mozilla Firefox
Mozilla nie memang ramai sangat orang guna. Even kat cyber cafe or dekat universiti pun rata-ratanya guna Mozilla. Nak tahu sebab apa? Sebab Mozilla nie untuk surfing internet yang biasa-biasa je. Buka Facebook. Buka Youtube. Lemah dia? Banyakkkkkkkk sangat plug-in yang nak kena install. Kejap-kejap kena install plug-in. Macam-macam jenis plug-in raban nak kena install. Tu je lemah dia.


Google Chrome
Browser nie memang terbaik. Speed pun laju. Proses install dia pun cepat. Kadang-kadang aku pun keliru, dah install ke belum? Sebab terlampau cepat. Lagipun browser nie mesra pengguna dan setting dia tak serabut. Skin dia pun lawa. So, aku sarankan korang pakai Google Chrome.


Jadi, macam mana? Ikut korang la nak guna mana-mana pun. Laptop korang kan? Aku just share idea je. Apa? Mana nak download? Hahaha. Ada juga species yang malas nak cari kat google tu. Tak apa. Aku dah bagi link kat bawah nie...(^^,)

Download Internet Explore...disini
Download Mozilla Firefox...disini
Download Google Chrome...disini
Nuffnang Ads



Happy Women Day !!!!

Salam readers semua !!! Tahu tak ada apa dengan tarikh 8 Mac nie. Kalau nak tahu, hari ini ialah tarikh Women Day. So, aku nak ucapkan Happy Women Day !!!! to all women in the world.




"Alahai mamat nie, bajet hot pula nak wish women day..."

Sorry la tu all jejaka-jejaka di luar sana. Bukannya aku nak merendahkan kaum lelaki, sebab aku pun lelaki juga. Tapi bukannya aku nak mengagung-agungkan mereka tetapi sudah kudrat lelaki ialah untuk hidup bersama wanita. So, yang dah songsang jantina tu tak payah la baca. Baiklah, entri kali nie aku tulis khas sempena hari wanita. Jadi untuk memuaskan hati semua pihak, aku tuliskan pro dan contra seorang wanita.

Lima keistimewaan wanita.
  • Tahu tak wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  • Sifat penyayang wanita yang lebih kuat daripada lelaki membuktikan doa mereka lebih mudah dimakbulkan. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Benda yang semua orang Islam tahu, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  • Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya sama seperti orang yang menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Lima kelemahan wanita.
  • Aurat wanita amat susah dijaga dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya.
  • Wanita tidak boleh menjadi ketua mahupun imam kepada lelaki kerana mereka tiada ciri-ciri kepimpinan di dalamnya.
  • Wanita wajib taat kepada suaminya tidak kira seteruk mana pun suminya itu, tetapi lelaki tidak perlu taat kepada isteri. Sehinggakan mahu keluar rumah pun, si isteri perlu meminta izin dari suami terlebih dahulu.
  • Waktu untuk wanita beribadah lebih sedikit daripada lelaki kerana kesihatan mereka.
  • Wanita lebih ramai di neraka berbanding lelaki, mungkin disebabkan kuantiti mereka yang ramai.
Tak kira lah kita nie lelaki atau perempuan, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menurut perintahNya dan menjauhi laranganNya. Lelaki dan wanita masing-masing hebat, masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya. Semua berbalik kepada kita sendiri, sama ada mahu berada dijalan yang lurus atau terus sesat,,,,,

Wanita anda begitu berharga...

Air mata adalah salah satu cara wanita mengekspresikan perasaan kegembiraan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita mempunyai kekuatan mempesona setiap laki2, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki wanita. Dia dapat mengatasi beban yg tidak mampu dipikul oleh laki2, dialah yg mengatasi beban selama 9 bulan semasa mengandung, dia mampu tersenyum saat hatinya menjerit, mampu menyanyi saat menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa saat ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya berjaya, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.


Cintanya tanpa syarat. Hanya ada satu yg kurang dari wanita, dia sering lupa betapa berharganya dia. Jagalah keistimewaan yg Allah telah berikan pada anda di luar sana.
Selamat Hari Wanita. Berterima kasihlah kepada ibu...berterima kasihlah kepada isteri...jangan melukakan hati mereka kerana perasaan wanita sangat rapuh.




Read more: http://www.azharr.com/#ixzz1GN5A3lgx
Under Creative Commons License: Attribution